Saturday 25 February 2012


PENGENALAN PRESIDEN KOLEJ POLY - TECH MARA




Assalamualaikum dan salam 1 KPTM.




DATO HAJI YUSOFF BIN HARUN dilantik sebagai presiden Kolej Poly -Tech Mara pada 17 februari 2010.Beliau berkelulusan M.A dalam bidang pentadbiran pendidikan dari US INTERNASIONAL UNIVERSITY SANDIEGO ,CALIFORNIA dan B.SC dalam bidang kejuruteraan sivil dari BRIGHTON POLYTECHNIC, ENGLAND.

ANTARA JAWATAN YANG DISANDANG OLEH BELIAU :
Penolong Pengarah di Unit Perancangan & Pembangunan
- Ketua Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam
- Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
- Pengarah Politeknik Shah Alam
- Pengarah Jabatan Pelajaran Pendidikan Negeri Selangor
- Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
- Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Dalam tempoh perkhidmatan beliau,beliau telah mewakili kementerian pelajaran Malaysia 
menyertai lawatan,seminar dan konvokesyen peringkat antarabangsa.Negara-negara yang dilawati termasuk Amerika,Australia,England,Korea,Jepun,Philippnes,Thailand,Bangladesh dan lain-lain.Beliau telah membawa perubahan demi perubahan untuk memperkasakan organisasi dengan mengamalkan sistem pengurusan yang berkualiti berlandaskan piawaian antarabangsa.Oleh itu beliau sangat dikenali dengan sifat ketegasan dan berkredibiliti tinggi dalam kerjayanya.Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang pendidikan .





No comments:

Post a Comment