Friday 9 March 2012

update aktiviti lepas

Assalamualaikum salam 1 kptm



Pada 2 march 2012 KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU telah menganjurkan SATU Kejohanan Futsal Tertutup bertempat di KB FUTSAL ARENA. Seramai 20 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah menyertai kejohanan futsal tersebut. KPTM Lembah Sireh telah menghantar 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita. Manakala KPTM Bandar menghantar 18 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita....


WAKTU PENDAFTARAN PASUKAN

ketibaan pelajar dari kampus lembah sireh tiba pada pukul 8.00 pagi di KB FUTSAL ARENA.
pendaftaran dilakukan bagi setiap pasukan.Perasmian bagi KEJOHANAN ini dirasmikan pada 8.30 oleh Uztaz Zamri penaung MPP KB.

WAKTU PERASMIAN


GELAGAT-GELAGAT PELAJAR









KEJOHANAN ini bermula selepas perasmian pada pukul 9.00 pagi. Kesemua pasukan di bahagikan kepada 4 kumpulan A, B, C, D dan tempat perlawanan di bahagian kepada 2 gelanggang ( merah dan biru ) ..





KEJOHANAN ini di berhentikan seketika untuk berehat dan menunaikan solat jumaat pada pukul 12.30 tengah hari. Perlawanan di teruskan pada pukul 2.30 petang untuk ke perlawanan suku akhir. Terdapat 6 kumpulan yang layak ke suku akhir.




Perlawanan berakhir pada pukul 6.30 petang dan penyampaian hadiah diberikan pada para pemenang.
Penyampaian hadiah diberikan oleh En Raja Izzuddin.


GAMBAR PENUTUPAN KEJOHANAN

Tempat ketiga wanita

Tempat kedua wanita

Tempat pertama wanita

Tempat keempat lelaki

Tempat ketiga lelaki

Tempat kedua lelaki

Tempat pertama lelaki

Pemenang kejohanan


Wednesday 29 February 2012

sambutan maulidur rasul KPTM 2012

Assalamualaikum,Salam 1 KPTM.

maaf sekiranya ENTRY kali ni x formal ok..sebab rasenya kalau formal mungkin sukar untuk jadikan ENTRY ni menarik untuk bacaan..so,sekarang yg menaip ni saya Ainaa,sebagai setiausaha MPP 2011/2012.
selalu ainaa kan menaip untuk wat laporan so x salah kan blog dijadikan laporan suka suki ainaa yang ke dua selain dari http://harumiainaie.blogspot.com/ sebagai laporan dan luahan .Ops!! cukup la sekadar tu yg diceritakan,JOM kita pergi pada tajuk yang sebenar ok! ENTRY kali ni pasal sambutan Maulidur rasul.

PROGRAM ini dijalankan pada tarikh 23 febuari 2012 pada hari khamis di KOLEJ POLY- TECH MARA kampus Lembah Sireh..

ha!! nampak?? tula kolej kami ^_^

okey da tau kan?? so next !! sambutan maulidur rasul pada tahun ini di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dari kampus lembah sireh dan kampus bandar,dengan kerjasama dari pihak atasan,staf,pensyarah dan pelajar KPTM.Aktiviti program ini telah dimeriahkan lagi dengan persiapan oleh pelajar bagi menyiapkan kain rentang kumpulan perarakan masing-masing.selain itu latihan kompang telah dijalankan bagi memeriahkan suasana semasa perarakan.



Pada 23 haribulan tersebut,program telah bermula dari pukul 7.30 bagi sesi pendaftaran pelajar mengikut mentor mentee,pada pukul 8,semua pelajar berkumpul dihadapan blok pentadbiran bagi menyusun kumpulan untuk mejayakan perarakan sempena majlis maulidur rasul yang pertama kalinya diadakan di kampus lembah sireh.Kemeriahan majlis terserlah dengan warna warni pakaian yang ditampilkan disamping kain rentang yang  pelbagai corak ditunjukkan mengikut kretiviti setiap ahli kumpulan.




JOM TENGOK GAMBAR ^_^

ops!! si muka kemera disini klik!!
pensyarah kami
pelajar KPTM kampus bandar
Pelajar kampus Lembah Sireh
wa!! tengok pakaian die tu....
eh! macam kenal yg besampin bebaju melayu hitam tu (ayahanda) MPP lembah sireh
Klik!! gamba curi sini (bonda) MPP lembah sireh
Pengarah menjayakan perarakan


ceramah maulidur rasul
penyampaian pidato



~~ MAJLIS BERSURAI ~~
di harapka majlis ini dapat merapatkan ukhwah antara kedua-dua kampus KPTM KB.




Sunday 26 February 2012

KELUARGA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR




MESYUARAT BERSAMA PENASIHAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2012

Diadakan pada tarikh 12/febuari/2012 bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara penasihat MPP EN. MOHD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN & PN SARINA BINTI ALI
bersama Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012.Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 4 petang dibilik mesyuarat 2 bagi membincangkan beberapa perkara .


Mesyuarat ini membincangkan cara pemantapan pergerakan kesemua ahli MPP bagi menjalankan tanggungjwab yang diberikan  dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang pemimpin.Tetapi tidak dilupakan juga mengenai keseimbangan tugasan/kokurikulum/akademik hendaklah diselaraskan sebagai seorang siswa dan siswi KOLEJ POLY - TECH  MARA


    



                
Penutupan majlis ini diharapkan Majlis Perwakilan Pelajar dapat menjayakan semua tugasan yang dipertanggungjawabkan dalam pelbagai bidang mengikut komitmen yang diperlukan,diatas kerjasama semua pihak termasuk pelajar,asrama dan pihak pentadbiran kolej.

Saturday 25 February 2012


PENGENALAN PRESIDEN KOLEJ POLY - TECH MARA




Assalamualaikum dan salam 1 KPTM.




DATO HAJI YUSOFF BIN HARUN dilantik sebagai presiden Kolej Poly -Tech Mara pada 17 februari 2010.Beliau berkelulusan M.A dalam bidang pentadbiran pendidikan dari US INTERNASIONAL UNIVERSITY SANDIEGO ,CALIFORNIA dan B.SC dalam bidang kejuruteraan sivil dari BRIGHTON POLYTECHNIC, ENGLAND.

ANTARA JAWATAN YANG DISANDANG OLEH BELIAU :
Penolong Pengarah di Unit Perancangan & Pembangunan
- Ketua Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam
- Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
- Pengarah Politeknik Shah Alam
- Pengarah Jabatan Pelajaran Pendidikan Negeri Selangor
- Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
- Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Dalam tempoh perkhidmatan beliau,beliau telah mewakili kementerian pelajaran Malaysia 
menyertai lawatan,seminar dan konvokesyen peringkat antarabangsa.Negara-negara yang dilawati termasuk Amerika,Australia,England,Korea,Jepun,Philippnes,Thailand,Bangladesh dan lain-lain.Beliau telah membawa perubahan demi perubahan untuk memperkasakan organisasi dengan mengamalkan sistem pengurusan yang berkualiti berlandaskan piawaian antarabangsa.Oleh itu beliau sangat dikenali dengan sifat ketegasan dan berkredibiliti tinggi dalam kerjayanya.Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang pendidikan .